Social Icons

twitterfacebookgoogle plusrss feedemail

BIODATA DIRI



Tanggal 4 September 2013, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan berita yang sangat tidak didugakan. Tun Faisal telah disenaraikan dan sekaligus diberi kepercayaan untuk menggalas sebagai calon Ahli Majlis Teringgi UMNO bagi Pemilihan UMNO 2013 bersama 3 lagi calon lain, iaitu:
  • Naib Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim
  • Ketua Penerangan, Datuk Rizal Merican
  • Exco Biro Ekonomi, Datuk Sohami Shahadan.
KENALI TUN FAISAL
 
NAMA PENUH: Tun Faisal Ismail Aziz 
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1971 di Ipoh, Perak.
 LATAR BELAKANG DIRI:

  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • pernah menjadi pegawai kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  • Pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaran (2004 - 2009).
  • Ahli UMNO Bahagian Putrajaya dan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Bunga Kiambang.
  • Sebelum ini dikenali sebagai penulis ucapan kepada Menteri Pelajaran dan merupakan Pegawai Khas yang bertanggung jawab meneliti dasar-dasar pendidikan. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri (2010 - 2013) yang membantu dalam perkara dasar berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pada waktu yang sama masih membantu penyediaan teks ucapan Menteri Dalam Negeri dan komunikasi media, terutamanya komunikasi media alternatif bagi Kementerian Dalam Negeri.
  • Dalam kalangan golongan profesional muda yang terlibat dengan Dewan Profesional Muda Malaysia (PROMUDA), aktif dalam perdebatan siber Promuda dan lebih dikenali ketika itu sebagai Penjejak Badai.
  • Mula dikenali umum selepas bertanding menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
LATAR BELAKANG PROFESSIONAL

Merupakan ahli farmasi berdasarkan profesion. Menjalani latihan sebagai Pegawai Farmasi Pelatih di Hospital Ipoh sebelum menyertai Pharmacare Medicine Shoppe sebagai Pengurus Farmasi. Pada tahun 1998, beliau menyertai Pusat Perubatan Selangor (Selangor Medical Centre) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Farmasi. Antara tugas beliau sebagai Ketua Jabatan Farmasi adalah; Mengurus operasi harian Jabatan Farmasi yang meliputi urusan-urusan pembelian, penyimpanan, pengagihan, pendispenan, penentuan caj bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan runding cara. Menjalankan program latihan untuk kakitangan. Mengendalikan keperluan personel. Mengendalikan urusan antara jabatan, isu-isu dan juga masalah-masalah yang timbul. Antara pencapaian beliau di sana adalah berjaya mengembalikan keyakinan pengurus kawalan kredit pembekal terhadap SMC dan memastikan bekalan berterusan semasa krisis ekonomi sepanjang tahun 1998 - 1999. Berjaya mendapatkan kos terbaik untuk ubat-ubatan, iaitu antara yang terendah dalam Lembah Klang. Berjaya memperbaiki pengurusan dan kawalan inventori. Berjaya memperkenalkan regimen caj ubat-ubatan yang fleksibel dan kompetitif. Pendedahan Media semasa di SMC: Wawancara oleh TV3, bagi memberikan pandangan profesional penggunaan tablet Viagra, disiarkan dalam Bulletin TV3. Wawancara oleh Berita Harian bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol (Panadol), disiarkan dalam Kolum Kesihatan Berita Harian. Wawancara oleh TV3 secara langsung dalam program 30 minit, Malaysia Hari Ini, bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol Pendedahan Media: Wawancara secara langsung dalam program NONA, TV3 bagi memberikan pandangan profesional mengenai Pil Pelangsing dan Kesan-kesan Sampingannya Terhadap Pengguna

Pada tahun 2001, beliau menyertai syarikat perunding, Sahabat Ceria Sdn Bhd sebagai Penyelidik dan Penulis Ucapan. Antara tanggung jawab beliau di sini adalah, bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dalam bidang politik dan sosial, menyediakan Analisis Harian Siaran Media, Laporan Tahunan Siaran Media dan Perancangan Media, menyediakan kenyataan-kenyataan akhbar, butiran ucapan, pelbagai laporan dan artikel-artikel, menyediakan ucapan-ucapan pada acara-acara politik yang utama dan majlis-majlis penting, menghadiri seminar dan persidangan, dan menyediakan laporan penuh mengenainya; dan ditugaskan pada masa-masa tertentu untuk menyunting buku dan tugas-tugas menterjemahkan artikel dan ucapan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia sejak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 2004. April 2004 – April 2009 - Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang bertanggung jawab atas hal berkaitan dasar-dasar pendidikan. Antara bidang tugas beliau adalah:
  • Bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas penyelidikan dalam bidang berkaitan Dasar Pelajaran dan perlaksanaannya.
  • Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka, menulis dan memperhalusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka Program Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik ICT KPM dan program-program ICT lain, termasuk merangka semula program latihan perkakasan untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) Fasa 4
  • Bertanggungjawab merangka dan menulis Nota dan Memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Usaha Menangani Gejala Disiplin Pelajar, Langkah Memantapkan Program Kokurikulum di KPM, Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Memorandum Bersama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi berkaitan Pengukuhan Semangat Patriotisme, Memorandum bersama dengan Kemneterian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat berkaitan Pendidikan Seksualiti (Reproduktif dan Sosial)
  • Bertanggungjawab untuk membantu YBM dalam perkara-perkara berkaitan peperiksaan dan penilaian, termasuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  • Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka strategi untuk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, Kesusasteraan dan industri perbukuan dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Dasar Buku Negara
  • Bertanggungjawab membantu YB Menteri Pelajaran mengendalikan Hal Ehwal Parlimen dan memperhalusi jawapan-jawapan yang disediakan
  • Bertanggungjawab untuk meneliti dan memperhalusi ucapan-ucapan YB Menteri Pelajaran
  • Bertanggungjawab atas segala aduan yang dihantar kepada YB Menteri Pelajaran berkaitan Salah Laku Pelajar dan Pengurusan Sekolah
  • Merencana aktiviti perhubungan awam, pengukuhan imej dan pengurusan persepsi awam terhadap YB Meteri dan Kementerian Pelajaran
  • Bertanggungjawab untuk meneliti kertas kerja, projek-projek khas dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh YB Menteri Pelajaran (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Memperkukuhkan Kurikulum, Perlaksanaan Islam Hadhari, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, Sekretariat Menangani Gejala Disiplin, pelaksanaan International Baccalaureate (IB), program F1 In School dan Robotik)
  • Pendedahan Media – Kolumnis ruangan Perspekstif, Tutor (2008) dan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) (2009), Utusan Malaysia.
  • Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, bermula 1 May 2010 sehingga May 2013. Antara tugas beliau di KDN adalah:
  • Bertanggungjawab membantu perancangan dan pelaksanaan dasar dan hal-hal berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK)
  • Bertanggungjawab membantu penyediaan ucapan dan kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri
  • Terlibat dalam mesyuarat JK berkaitan RELA, Operasi Siber dan Pelajar IPT
  • Ahli Bengkel Blue Ocean Strategy – Penjenamaan dan Kelahiran Semula RELA
  • Ahli Bengkel Blue Ocean Strategy – Peningkatan Penggunaan Media Sosial Menteri Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri
  • Pengerusi Bengkel Pembentukan dan Penjenamaan Skuad Muda Rela
  • Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Dan Ahli dalam Bengkel Pembentukan dan Penjenamaan Semula Skuad Muda KDN
  • Terlibat dalam membantu penjenamaan semula Sukarelawan Anti-Dadah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
LATAR BELAKANG POLITIK
  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • Ketua Pemuda Cawangan Kiambang di dalam UMNO Bahagian Putrajaya. 
  • Pengerusi BN Youth Cyber Team (BNYCT)
Merupakan ahli UMNO yang aktif walaupun beliau sering melaksanakan tugas di belakang tabir. Karier dalam bidang politik bermula apabila beliau terlibat dalam pasukan penulis ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2001. Terlibat secara aktif dalam Biro Pendidikan Pemuda UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Adham Baba. Beliau merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Penyediaan Bahan Bercetak Konvensyen Pendidikan UMNO 2004 dan terlibat secara langsung menghasilkan buku Pertanyaan dan Jawapan mengenai dua isu penting ketika itu, iaitu isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tun Faisal terlibat aktif semasa Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004. Beliau merupakan pengasas Cybertroopers Pemuda UMNO, iaitu Pasukan Perang Siber Pemuda UMNO. Beliau juga membantu Exco Pemuda UMNO, Datuk Norza Zakaria dalam Unit Media Pemuda BN sebagai Ketua Unit Produksi yang bertugaskan untuk menghasilkan bahan-bahan bertulis dan berita sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Jabatan Gerak Gempur Parlimen Putrajaya walaupun ketika itu beliau tidak memegang sebarang jawatan di dalam UMNO dan Pemuda Bahagian.

Dalam pemilihan parti pada tahun 2008, beliau telah mengambil langkah berani untuk membawa perubahan ke dalam Pemuda UMNO Putrajaya dengan menentang penyandang jawatan, Datuk Ahmad Zaki Zahid yang merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.

Walaupun tewas dalam pertandingan di bahagian, beliau telah berjaya meyakinkan perwakilan untuk memilih beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ketika itu terdapat seramai 60 orang calon menawarkan diri dan beliau merupakan salah seorang daripada 20 orang yang terpilih (tempat ke-17 daris egi jumlah undi). Beliau telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pada masa yang sama diberi kepercayaan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Maslan untuk mengendalikan Unit Media Maya di bawah penerangan UMNO.

Sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beliau terlibat secara aktif dalam; 

  • PRK Bukit Selambau
  • PRK Manek Urai
  • PRK Permatang Pasir
  • PRK Bagan Pinang
  • PRK Hulu Selangor
  • PRK Batu Sapi
  • PRK Galas
  • PRK Tenang
  • PRK Merlimau
  • PRK Kerdau
  • PRK Kuala Besut
  • Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak
Antara Pendedahan Media: 
  1. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani: Tajuk -‘Pandangan Hidup Golongan Muda’. 
  2. Jurucakap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Astro Awani dan Malaysia Hari Ini, TV3 mengenai Program Pemuda Barisan Nasional iaitu Rally 1Malaysia. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani: Tajuk - ‘Umur Persaraan’. 
  3. Ahli Panel, Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia. 
  4. Ahli Panel, Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13. 
  5. Ahli Panel, Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran. 
  6. Ahli Panel, Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO. 
  7. Ahli Panel, Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.
  8. Ahli Panel, Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan. 
  9. Ahli Panel, Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. 
  10. Ahli Panel, Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor. 
  11. Ahli Panel, Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah. 
  12. Ahli Panel, Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut.
  13. Ahli Panel, Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Manik Urai.

Pengalaman Politik
  1. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2013
  2. Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO 2009-2013
  3. Pengerusi BN Youth Cyber Team (BNYCT) 2012-2013
  4. Pilihan Raya Umum 2013 - Ahli On-line Rapid Response Team (ORRT)
  5. Penggerak / Penasihat Gerakan Siswa 4 U dan Siswa 4 Peace 2012-2013
  6. AJK Gerak Kerja Pilihan Raya Kampus, Biro Pengajian Tinggi UMNO 2012
  7. Pengendali / Fasilitator Program Kepimpinan Mahasiswa ABATA (2011)
  8. AJK Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya 2004-2008
  9. Terlibat membantu penyediaan usul Perhimpunan Agong UMNO, penyelidikan dan analisis 2004 - 2012
  10. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bunga Kiambang, Bahagian Putrajaya 2004-2013
  11. Pilihan Raya Umum 2008 – Ketua Jabatan Gerak Gempur Parlimen Putrajaya, Timbalan Pengerusi Unit Bermotor Pemuda Barisan Nasional Putrajaya
  12. Pilihan Raya Umum 2004 – Ketua Koodinator CyberTroopers, Unit Perang Siber Pemuda UMNO dan Ketua Koordinator Sekretariat Produksi, Unit Media Pemuda UMNO
  13. AJK Gerak Kerja Pilihan Raya Kampus Biro Pendidikan UMNO 2002 – 2004
  14. Kolumnis Laman Web Pemuda UMNO – 2002 hingga 2004
  15. Membantu penyediaan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO 2002 dan 2007
  16. Membantu penyediaan Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO yang pertama – 2002
  17. Ketua Koordinator Unit Penyediaan Bahan Bercetak (mengenai Sekolah Agama Rakyat, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Agenda Kerja Biro Pendidikan Pemuda UMNO) sempena Konvensyen Pendidikan UMNO 2003
  18. Kepimpinan
  19. Kepimpinan dalam Persatuan / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
  20. Brigedier Jeneral Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA)
  21. Leftenan Kolonel Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  22. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya 2009 - sekarang
  23. Pengerusi Yayasan Pembangunan Modal Insan (INSAN)
  24. Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Putrajaya 2009 - sekarang
  25. Yang Di Pertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Putrajaya 2009 - 2012
  26. Pengerusi Persatuan Belia Putrajaya 2009 - sekarang
  27. Presiden Persatuan Bolasepak Putrajaya - 2011 - sekarang
  28. Naib Presiden Kelab Pemain Golf Putrajaya - 2009 - sekarang
  29. The Young Professional Chamber Malaysia (Promuda) – Director 2003
  30. Sekretariat Melayu Muda – AJK
  31. Yang Di Pertua Desasiswa Gemilang USM,
  32. Yang Di Pertua Persatuan Farmasi – Tahun Akhir USM
  33. Yang Di Pertua Silat Cekak Malaysia, Kampus Cawangan Kubang Krian, USM
Program Bual Bicara, Forum, Dialog dan Debat
  1. Ahli Panel Wacana SINAR ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safar
  2. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog
  3. Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk ‘Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan'
  4. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk ‘Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13’
  5. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk ‘Melayu Pasca PRU Ke-13’
  6. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk ‘Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13’
  7. Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti
  8. Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk ‘Veteran Dalam Media Sosial’
  9. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk ‘Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab’
  10. Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai ‘Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13’
  11. Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk ‘Menggalakkan Perdebatan’
  12. Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai ‘Peranan Blogger Merancakkan PRU13’ bersama Hasbeemasputra Abu Bakar.
  13. Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk ‘Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia’
  14. Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk ‘Media Sosial sebagai ‘askar baru’ tangkis propaganda liar’
  15. Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk ‘Tenang Akhirnya’
  16. Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk ‘Merealisasi Model Politik Baru’
  17. Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk ‘Menggalas Harapan’
  18. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Pandangan Hidup Golongan Muda’.
  19. Jurucakap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, wawancara secara langsung dalam program Astro Awani dan Malaysia Hari Ini, TV3 mengenai Program Pemuda Barisan Nasional iaitu Rally 1Malaysia.
  20. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Umur Persaraan’.
  21. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia.
  22. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13.
  23. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran.
  24. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.
  25. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.
  26. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.
  27. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
  28. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor.
  29. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
  30. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut.
  31. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Manek Urai.
Seminar dan Persidangan
  1. Ahli Panel Forum Wacana ‘PRU13 Harapan Malaysia’ bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – 13 Mac 2013
  2. Penceramah ‘A One Day Seminar On Youth Media And Politics : New Identity’ – Present a Paper on : ‘Political Cyber Warfare : A Malaysia Experience’ anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  3. Penceramah Program Destini Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertajuk “Mahasiswa Dulu dan Kini”
  4. Penceramah Program Konvensyen Destini Kenegaraan Cell Pewaris Bangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  5. Penceramah Program Karisma bersama Mahasiswa : “UMNO: Perjuangan Sebuah Bangsa”
  6. Seminar Internasional – Diplomasi Total Indonesia – Malaysia Perspektif Pemuda
  7. Ahli Panel sesi Interactive Forum ‘If things fall apart, will you still be there for your country?’ anjuran Kolej Mara Banting – 31 Ogos 2010
  8. Panel Diskusi Aspirasi: Mahasiswa & Politik Kepartian anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)- 2010
  9. Penyampai Ucaptama Adobe Leadership Forum bertajuk The Evolution of Education in Malaysia – 2008
  10. Ahli Panel, Forum Pembangunan Modal Insan Putrajaya – Peranan PIBG dan Komuniti, anjuran Majlis Permuafakatan Pentadbir Sekolah dan Majlis Permuafakatan PIBG Putrajaya – 2008
  11. Ahli Panel sesi forum tidak rasmi sempena Seminar Antarabangsa Mengenai Keamanan dan Kesejahteraan Dunia, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USM – 1993
  12. Pembentang kertas kerja dalam sesi tidak rasmi Persidangan Antarabangsa Pertama Pelajar-pelajar Malaysia Mengenai Wawasan 2020, anjuran bersama ISIS dan Gabungan Pelajar 2020 – 1992
Sukan dan Kemahiran Lain
  1. Karate – Johan Kebangsaan Goshin-Ryu, kumite kategori di bawah 50kg untuk tiga (3) tahun berturut-turut 1988,1989,1990
  2. Johan Pertandingan Inter-Varsiti – kumite, <50kg, team, 1991, 1992
  3. Johan Pertandingan Antarabangsa Karate Budokan International, kategori <55kg, 1991
  4. Anugerah Sastera Siswa 1990, Kategori Cerpen
  5. Pasukan Karate Inter-Varsiti USM (1991 - 1992)
  6. Pasukan Bolasepak Matrikulasi USM (1990)
SUMBER: WIKIPEDIA

WARTA RAKYAT SYNDICATE