Social Icons

twitterfacebookgoogle plusrss feedemail
Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts

Monday, 16 September 2013

DIHARAP ONN HAFIZ DIBERI PELUANG UNTUK MENGGALAS TUGAS SEBAGAI EXCO #OnnHafiz4Exco

Walaupun berasal daripada keluarga politik terkenal tanah air, namun Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Onn Hafiz Ghazi amat mesra dan senang didekati.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong dan Exco Pemuda Pusat, bertekad mahu membantu dalam memastikan Umno terus kekal sebagai pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya lihat bahawa parti Umno adalah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib orang melayu dan agama Islam di negara ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan utama Pemuda yang akan melihat kepada nasib dan hala tuju orang Melayu muda," katanya kepada Malaysian Digest.

Onn Hafiz, 35, yang pernah bertugas di syarikat perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC), cicit kepada pengasas Umno (Allahyarham Datuk Onn) dan cucu kepada Perdana Menteri ketiga (Allahyarham Tun Hussein Onn) mahu berdiri di atas kaki sendiri dalam perjuangan politiknya.

Hubungan kekeluargaan sebagai anak saudara Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai satu kelebihan kepadanya di dalam dunia politik kerana jasa Hishammuddin sebagai mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.


“Saya telah berkhidmat dan dilatih dibawah beliau (Dato Seri Hishammuddin) selama tujuh tahun dan banyak yang telah saya pelajari. Keikhlasan untuk berjuang demi agama dan bangsa sentiasa di titik beratkan.

"Dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang saya terima, saya rasa sudah bersedia untuk berkhidmat dan membantu Pemuda di peringkat nasional.

Ditanya tentang penerimaan anggota Pemuda Umno terhadap tawarannya untuk merebut satu daripada jawatan Exco Pemuda Pusat, Onn Hafiz berkata, penerimaan daripada anggota Pemuda Umno seluruh negara adalah menggalakkan.

"Alhamdulillah, sambutan mereka terhadap saya setakat ini adalah baik dan saya berdoa agar mendapat sokongan daripada rakan-rakan perwakilan Pemuda Umno," katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa Pemuda Bahagian Sembrong juga sebulat suara menyokongnya untuk bertanding Ketua Pemuda Sembrong bagi menggantikan Ariffin Nan yang berhasrat bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. - SUMBER

Thursday, 5 September 2013

#PemilihanUMNO: GEMPAR!! 4 JENTERA PEMUDA BAKAL GEGAR BARISAN MAJLIS TERTINGGI!! #TF4MT!!


Empat anggota exco daripada Pergerakan Pemuda Umno bakal bertanding merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno Oktober depan, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Exco dan perwakilan Pemuda Umno hari ini.

"Kita kemukakan empat calon daripada pergerakan pemuda bertanding Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

"Saya sebulat suara menyokong dan meminta semua perwakilan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada empat calon kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno Malaysia di PWTC hari ini.

Empat nama yang bakal berentap ialah Naib Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Rizal Merican, Exco Biro Ekonomi, Datuk Sohami Shahadan serta Ketua Unit Media Baru, Tun Faisal Tun Ismail Aziz.

Selain itu Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut mengumumkan calon yang akan bertanding bagi mengisi kerusi Naib Ketua Pemuda.

Antara empat nama yang disebut adalah tiga daripada Exco Pemuda Jamili Jaafar, Lokman Nor Adam dan Irwan Zulkifli serta Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun.
Khairy dalam pada itu turut mengulangi kenyataannya untuk mempertahankan kerusi Ketua Pemuda.antarapos

Terbaiklah ! Keempat-empat calon merupakan mereka yang selama ini bekerja untuk pemuda dan bertungkus-lumus untuk UMNO rasanya tidak salah perwakilan memberikan sokongan.

source

WARTA RAKYAT SYNDICATE